Sunday, October 16, 2011

Exam Oreinted

Apabila ada insan yang menanyakan kenapa tarap pendidikan di Malaysia berada di takuk yang lama, maka guru-guru pelatih sekalain pasti pernah dengar jawapan seperti ' ala- ini semua sebab exam otriented la ni' Ya, EXAM ORIENTED bermaksud berteraskan peperiksaan. Seperti negara yang telah lama tamadunnya dan hebat dalam bidang pendidikan sepeti England, Amerika dan negara eropah yang lain, mereka tidak sangat mementingkan keputusan peperiksaan sebaliknya menekankan minat terhadap muridnya. Seperti di Malaysia, kita masih mengamalkannya bagi mengukur kualiti seseorang murid dan prestasi sebuah sekolah. Murid yang mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan akan menjadi pilihan guru, sekolah mahupun institut pengajian tiggi dan dalam pekerjaaan. Maka dari itu, pelajar atau murid ditekan untuk belajar oleh ibu bapa mereka dan juga guru kerapa demi mencapai prestasi tinggi dan melakar reputasi yang baik.

Hari ini, kita sudah boleh nampak langkah kerajaah dalam megurangkan aspek exam oriented dan lebih menenkankan pembelajaran yang menyeronokkan dan cintakan ilmu. Sebagai contoh, pengiktirafan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru, kenaikan kelayakan sebagai seorang guru pula kini memerlukan segulung ijazah. Mata pelajaran pedagogi yang dipelajari oleh guru pelatih memang perlu bagi mendedahkan kepada bakal guru ini bagaimana untuk membentuk minat pelajar dan menjadikan mereka belajar tanpa konkongan peperiksaan. Langkah yang paling jelas dapt kita lihat ialah apabila kerajaan telah membuat cadanagn untuk memansuhkan UPSR sbagai ujian penilaian bagi sekolah rendah dan PMR bagi ujian penilaian tahap rendah di sekolah mengah.

Namun, kita sebgai guru, ibu-bapa, dan pihak sekolah adakah telah bersedia untuk menghadapi hari-hari di sekolah tanpa peperiksaan? Adakah mentaliti rakyat Malaysia sudah cukup bersedia? Adakah pusat-pusat tusyen untuk sekolah rendah akan diteruskan jika tiada peperiksaan untuk dijalani ?. Adakah guru-guru dan ibu-bapa akan terus menyuruh anak-anak dan murid mereka belajar? Apa yang berlaku kepada murid-murid? Pergi ke sekolah hanya ntuk menhadiri kelas dan bukan untuk peperiksaan. Adakah mereka ini faham akan hasrat kerajaan? Apa pula yang akan terjadi kepada guru?. Adakah mereka akan hilang semngat kerana tiada apa-apa yang ingin dicapai dan akhirnya, mereka mengambil sikap sambil lewa untuk mengajar. Adakah begitu?

Jawapannya terletak ditangan guru-guru dan guru pelatih kini. Mereka haruslah bersedia untuk menghadapi murid-murid yang kurang kokongan ini. Mereka harus menimbulkan rasa minat dan sifat ingin tahu kepada murid-murid terhadap subjek di sekolah. Mereka harus menanamkan sifat kecintaan ilmu kepada murid supaya murid akan belajar bukan kerana peperiksaan, tetapi kerana cinta kepada ilmu dan sifat inkuiri yang tinggi seperti yang dicita-citakan oleh golongan pendidik. Jadi, bersedialah...

2 comments:

  1. Yup pendidikan di negara kita memerlukan suatu keberkesanan tugasan guru-guru untuk menghasilkan murid minda kelas pertama...Peperiksaan dianggap sebagai salah satu alat pentaksir namun kita tidak lupa kepada peranan amali PEKA, pernanan projek dan sebagainya.

    Maka bakal guru harus lebih progresif, kreatif dan inovatif, berteraskan kemahiran teknologi maklumat suapaya sistem pendidikan negara setaraf dengan negar-negara maju yg lain dan bukan canti kurikulum namun hancur bahagian dalamannya..

    gud job, nice work!!!

    ReplyDelete
  2. haha..thanks boi...tanggungjawab kite nih...harap kite mampu ..amin

    ReplyDelete