I had been looking this song chords in the internet, believe me, you cannot find any of it..I found the video for the chords one, but could not be played...so this is my initiative to help M. Nasir's fans out there. I don't know whether the chords are exactly the same with the original one, but this is what I could do.
Assalamualaikum.
Dato' M. Nasir. Nama yang langsung tidak asing dalam musik tanah air kita. siapa yang tidak kenal akan komposer dan penulis lirik yang begitu banyak menyumbangkan idea dalam memajukan industri musik kita.
Dulu, saya pernah terfikir kenapa m .Nasir begitu terkenal dan lagu-lagu beliau begitu menpengaruhi otai-otai rock di Malaysia tidak kira bawah tanah mahupun di aliran utama. jika mendengar lagu dari karyanya, memang sedap dan lazat, tapi saya hairan kenapa ia begitu disanjung.
setelah saya amati beberapa buah lagu darinya, saya mulai sedar bahawa kekuatannya terletakpada maksud lirik-liriknya. Bagi seorang yang belum begitu kenal M. naisr, bagi saya mereka perlu mendengar sepuluh lagu beliau untuk memahami satu ayat dalam satu lagu. lagu-lagunya adalah tersirat dalam tersirat.jika tidak percaya, silalah dengar, hati emas, apokalips, gerhana, mustika, tanya sama itu hud-hud ,di sebalik cermin,dan yang terbaru, 7 nafas lagi.
Tujuh Nafas Lagi Lyrics
M. Nasir
A
Inikah dia
A7
Yang ku impikan
Bm7 D
Dalam lambaian firdausi
A D7
Kali ini ku harapkan
D E7
Bukan fatamorgana lagi
F#m C#
Jiwa lama bersengketa
Bm F#m
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
F#m C#
Hati hamba dah sedia
Bm E A
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
C#m
Sepertimu
Bm D E
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
A5 G#5 F#5
Dalam seribu kekalutan ku cinta
D5 E5 A5
Dalam sejuta resah ku cinta jua
G#5 F#5
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
D5 E5
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta
A A/Amaj7 C#m
Rinduku bukan lah murahan
Bm D F#
Jika mahu dianggapkan mainan
D D/Dm C#m F#
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Bm D Dm E
Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
A A/Amaj7 C#m
Cinta ku yang ku maksudkan
Bm D F#
Seperti buih-buih di bibir lautan
D D/Dm C#m F#
Seperti nafas yang meresapi badan
Bm D Dm A
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya
Baiklah, mari kita sama-sama menyelami isi lagu ini.
Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi
rangkap ini menceritakan bahawa insan itu begitu mengharapkan saat kematian beliau untuk tiba dan berharap agar ianya bukanlah satu khayalan lagi. mengaharapkan kematian?....mari kita lihat rangkap seterusnya.
Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
jiwa lama adalah jiwa dan nafsunya yang selalu tersiksa ketika hidup atas dunia dan insan ini redha. Hatinya sudah bersedia untuk mennemui ajal.Ya tujuh nafas lagi itu adalah ambang kematian. Ada sebuah lagi lagu M. Nasir berkaitan dengan kematian iaitu Tanya sama itu hud-hud. pada ayat..oooo sang algojo..ooo nanti dulu. Sang algojo adalah orang yang menjalankan hukuman maut, tapi pada hakikatnya ia adalah malaikat maut. ya, agak baru.
Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta
seperti manusia lain, insan ini pernah mempersoalkan kekatan imannya ketika dia masih hidup. dalam seribu kekalutan bermaksud insan ini sedang bergelut dengan ajal yang sampai..haha..dasyatkan. Tapi dia gembira kerana ia akan bertemu dengan cinta sejatinya iaitu al -Haq (tuhan). Begitulah peneranagn ulama' terkenal dari indonesia iaitu HAMKA. Beliau menrangkan dalam buku Tasauf Modennya, insan sejati akan gembira menerima ajalnya kerana akan bertemu cinta sejati..Nah, kalau anda cinta kepada tuhan, itulah yang patut anda rasa untuk mati.
Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
rindu insan ini kepada tuhannya adalah paling bernilai baginya dan juga setiap insan
Andai di tanya berapa kali kalimah itu disebut (nama cintanya), maka nescaya, insan ini tidak sedetik pun melupakan tuhannya. keana orang yang benar-benar beriman sentiasa ingat akan tuhanya. hidup, makan, tidur adalah kerana tuhan semata-mata.
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya
Cintanya kepadaNya adalah diatas sifat-sifatnya yang kita boleh nampak di atas muka bumi ni. Kejadian alam menunjukkan kebesaran dan sifat-sifat agong ilahi.
Baiklah, sekarang sila tekan butang play dibawah dan bayangkan apa yang telah saya katakan tadi...haha...sekarang anda akan faham.
Tafsiran ini adalah fahaman saya semata-mata. Maafkan saya jika tersilap.lain orang, lain tafsirnya. anda pulabagaimana?
No comments:
Post a Comment